Tuesday, May 08, 2018

PAS dan PH - Keputusan diperlukan utk undi siapa untuk PRU14?Mungin bukan calun parti sendiri?

Hakikat pilihanraya adalah siapa dapat undi terbanyak akan menang - Kebanyakkan rakyat mahu penukaran - mereka mahukan kerajaan UMNO-BN, yang sudah memerintah sejak Merdeka ditumpas, diganti dengan kerajaan baru. Tetapi sekiranya, undi pembangkang pecah 2 - kemungkinan calun UMNO-BN akan menang.

Malangnya, Pakatan Harapan, PAS, PRM dan PSM, parti pembangkang yang bertanding dalam PRU14 gagal sampai kepada keputusan siapa akan bertanding kerusi mana - supaya hasilnya adalah satu lawan satu dengan UMNO-BN...Justeru, kini rakyat sendiri harus buat keputusan...Ini cadangan saya...

SEKIRANYA MP dan ADUN selepas PRU13 adalah dari PAS - dan beliau merupakan orang baik dan tidak ada skandal, dan telah aktif hadir Parlimen dan DUN menyuarakan pendapat dan pendirian rakyat - Yang dicadangkan, adalah kita memberi undi kita pada calun PAS ini...meskipun kamu penyokong Pakatan Harapan, PSM atau PRM - khususnya untuk calun MP.

Sekiranya MP dan ADUN selepas PRU13 adalah dari DAP atau PKR atau PSM atau dulu dari PAS(kini Amanah) - Yang dicadangkan adalah anda memberi undi kepada Pakatan Harapan dan/atau PSM.

PSM - Dr Kumar Devaraj adalah MP daripada parti PSM. Dia menumpaskan Samy Velu(bekas Presiden MIC), merupakan seorang yang aktif bersuara dan berjuang. Sebelum PSM berjaya mendapatkan pendaftaran - beliau bertanding sebagai calun satu parti dalam Pakatan Rakyat. Pada PRU lepas, pun ahli PSM bertanding di bawah satu parti Pakatan Rakyat tetapi selepas itu telah didaftarkan sebagai ahli parlimen daripada PRM. Dia pembangkang - menentang UMNO-BN. Kini, malangnya PH dan juga PAS neletak calun di Sungai Siput - Cadangan adalah terus undi MP Dr Kumar Devaraj daripada PSM.

Adakah PAS akan melompat dan bersama UMNO-BN? Kemungkinannya adalah tidak kerana PAS mempunyai sejarah lama menentang kerajaan UMNO-BN...

Bagaimana pula tentang DAP? Adakah parti ini anti-Melayu atau anti-Islam - Sejarah membuktikan bahawa mereka tidak - tidak ada pun aduan daripada Pulau Pinang berlakunya diskriminasi terhadap Melayu atau Islam?

Media massa kadang-kadang boleh mengelirukan rakyat. PAS, contohnya RUU355. Fakta Akta ini sudah lama wujud - menentukan had maksima hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah, yang berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Mengapa pihak kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa sebegini yang menghakis hak kerajaan Negeri menambahkan had hukuman penjara, denda dan sebatan? RUU355, jika dilihat adalah usaha untuk meningkatkan had hukuman penjara, denda dan sebatan sahaja - ia bukan secara nyata meminta hak untuk mengenakan hukuman mati - dan tidak juga apa-apa permintaan untuk mengenakan hukuman 'potong tangan' dan sebagainya. Nyata hukuman banyak jenayah dan undang-undang Persekutuan telah dipinda untuk menambahkan hukuman atau mengurangkan hukuman. Kerajaan Negeri juga harus mempunyai hak sedemikian - mengenai kesalahan di bawah undang-undang syariah - Adakah kerajaan negeri Kelantan akan seterusnya cuba tambahan hukuman - itu kita tak tahu - Itu terserah kepada rakyat Kelantan...Malangnya, ramai memusing cerita, menyatakan PAS mahu mengemukakan hudud - dan bagi ramai bukan Islam, ini bererti 'potong tangan' dan hukuman mati? Prejudis sedia ada dikalangan rakyat Malaysia yang menyebabkan salah faham mini..

Sama juga prejudis anti-orang bukan Melayu dan orang bukan-Islam menyebabkan prejudis terhadap DAP. DAP ada sejarah menimbulkan isu, mendedahkan kesalahan atau kegagalan UMNO-BN, dan lain-lain...

Pendapat - semua orang ada pendapat - tetapi pendapat peribadi seseorang dalam kumpulan ethnik ini (atau agama ini) tidak harus menimbulkan PREJUDIS terhadap semua orang dari kumpulan ethnik ini atau agama ini...

Di dalam semua parti, ada mereka yang baik, berprinsip,...dan ada pula yang 'tidak baik' dan tidak prinsip. Ada daripada UMNO-BN yang kita percaya ambil rasuah, melakukan kleptocrasi, menyalahgunakan kuasa - tetapi ini sama sekali bukan bererti bahawa semua orang Melayu atau semua orang Islam atau semua orang UMNO-BN adalah sama...

Mereka yang menjadi ahli parti komponen UMNO-BN, isu yang mereka berdepan adalah ketaatan kepada calun parti mereka - tetapi, mereka harus lebih taat kepada Malaysia dan semua rakyat di Malaysia - justeru semasa PRU14, undi mereka mesti berasaskan apa yang terbaik untuk Malaysia - jikalau ini bermaksud mengundi calun daripada parti lain...demi kebaikkan masa depan setiap rakyat Malaysia ...dan Malaysia.

Ingat jika pemimpin atau parti telah melakukan banyak salah - dan anda mengundi orang dan parti tersebut, anda secara jelas memberi mesej ...'Semua OK...teruskan saja apa yang anda buat' - justeru kamu sendiri akan dianggap bersalah..untuk kesalahan tersebut. Anda ada peluang menyuarakan pendapat anda semasa HARI UNDI - dan jangan lupa, undi anda adalah RAHSIA - Ini bukan masa ketaatan membuta(bliand loyalti) tetapi adalah masa untuk membuat keputusan sendiri demi kebaikkan negara dan semua rakyat ...tanpa mengira ethnik, agama atau parti..

INGAT, berasaskan PRU lepas -kadang-kadang yang menang adalah dengan majoriti kecil berpuluhan atau dua tiga ratus sahaja - JUSTERU, SETIAP UNDI ADALAH PENTING...

Adakah saya 'menderhaka' kepada parti dan kepimpinan parti? HAK Undi ini adalah hak anda ...isu yang lebih penting masa ini adalah isu Malaysia dan SEMUA rakyat Malaysia...Jangan lupa dalam pemilihan parti sendiri, setiap ahli ada hak untuk siapa yang dianggap paling atau lebih sesuai jadi pemimpin - walaupun ia menjadi pemimpin semasa. Sama juga dalam PRU14 - ini bukan pilihan dalaman parti - tetapi pilihan yang anda buat sebagai rakyat Malaysia...

Isu - Saya sudah terima bayaran dan hadiah - di mana saya telah memberi akujanji akan undi untuk calun/parti tertentu. Jika mana-mana calun/parti mengunakan wang/hadiah atau paksaan untuk anda berjanji atau memberio akujanji sedemikian - LEBIH baik tolak sahaja calun/parti sedemikian.

Kamu kini pilih WAKIL RAKYAT anda - jangan 'rasuah', jangan 'ugut',...ini pilihan peribadi anda - tak perlu beritahu siapa pun bagaimana anda mengundi - kerana UNDI SULIT. 

Setengah memikirkan kepentingan peribadi atau keluarga sahaja - kini adalah masa untuk memikirkan kepentingan SEMUA rakyat Malaysia - terutama mereka yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira ethnik, kaum atau agama. 

Seseorang yang membanta mereka yang berkesusahan hanya mereka daripada kaum sendiri atau agama sendiri, mengikut pendapat saya, bukan seorang Islam, Kristian, Hindu, Buddhist, Sikh ...yang baik...apa pendapat anda?

JUSTERU - jangan lupa mengundi...jangan undi berasaskan hanya isu 'taat kepada parti dan pemimpin parti', isu sudah terima wang/hadiah dan sudah janji akan undi sebegitu, isu takut akan hilang peluang dapat biasiswa/pinjaman, rumah mampu milik, kontrak, kenaikkan pangkat, dan lain-lain...

INI MASA MEMIKIRKAN MASA DEPAN MALAYSIA DAN KEBAIKKAN SEMUA ORANG DI MALAYSIA ...

UMNO-BN Kerajaan Persekutuan - dan kebanyakkan NEGERI ....

Pada masa yang sama, penilaian sama harus dibuat untuk kerajaan Negeri di bawah parti pembangkang -- Adakah mereka perlu ditukar kerana gagal mentadbir demi kepentingan rakyat?

SEMUA parti politik akan kempen untuk parti sendiri atau calun parti sendiri - bahkan ada juga semasa kempen akan keluarkan 'berita palsu' atau juga memprejudiskan anda mengenao parti lain(atau calun lain) - tetapi, akhirkata, kamu adalah RAKYAT MALAYSIA - kamu adalah MATANG - boleh menilai hakikat/realiti, dan bertanggungjawab membuat tindakan terbaik ...termasuk mengundi untuk calun parti selain daripada calun parti anda...mungkin dengan matlamat mahu menukar kerajaan UMNO-BN dan merasakan pemerintahan parti(atau gabungan parti) yang lain...

SELEPAS PRU14, tanggungjawab anda belum berakhir - kita perlu terus memantau dan memastikan wakil rakyat dan kerajaan tidak melakukan perkara yang salah, kleptocrasi tiada, rasuah dimansuhkan, ...sudah terlalu lama, rakyat percaya sangat kepada mereka yang dipilih ..dan kerajaan ...sehinggakan kita rugi banyak akibat salahlaku wakil rakyat serta juga kerajaan...Tak boleh lagi biarkan gitu sahaja - kerana sentiasa pantau dan bertindak memastikan kapal berjalan arah betul...

Wakil Rakyat dan kerajaan bagaikan DREBER bas/teksi - kita tak boleh lagi relaks dan tidur dibelakang mempercayai dreber akan bawa kita jalan betul...kita kena sentiasa lihat pastikan semua OK - kalau tak OK - perlu kita bersuara....

Adakah anda mahu kerajaan Najib UMNO-BN terus memerintah...atau mahu TUKAR? Kalau itu hasrat anda, pemikiran mendalam diperlukan ...kerana akhirnya anda mungkin juga terpaksa membuat keputusan susah tak mahu undi kawan atau ahli parti sendiri - untuk memastikan OBJEKTIF utama jadi kenyataan...

 
 

No comments: