Monday, August 15, 2016

Nak menolak PM Najib atau mahu menolak BN-UMNO? Masa depan Malaysia dan risiko 'penderhakaan' pembangkang?

Kuasa telah diserahkan oleh penjajah British kepada UMNO plus MCA plus MIC, dan sejak kemerdekaan(31/8/1957), kuasa memerintah kekal dengan gabungan parti politik pimpinan UMNO-MCA-MIC - yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional. Pada hari ini, pengaruh MCA dan MIC  dalam Barisan Nasional menjadi tanda tanya?

Setiap 5 tahun, rakyat Malaysia mengundi memilih wakil Rakyat(Ahli Parlimen/MP) di mana MP yang dipilih memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri - MP yang mempunyai sokongan majoriti MP akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri memilih ahli Kabinetnya.

Di Malaysia, saperti di banyak negara demokrasi lain, kebiasaannya parti politik yang berjaya menang kebanyakkan kerusi Parlimen yang memutuskan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri. Tidak semestinya Perdana Menteri adalah pemimpin parti politik - ia sebenarnya boleh menjadi mana-mana ahli Parlimen yang ada sokongan majoriti. Amalan di Malaysia malangnya adalah pemimpin BN yang dipilih jadi PM, dan ini sejak awal lagi merupakan pemimpin UMNO. 

Najib Tun Razak tidak dipilih secara khusus oleh rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia - yang memutuskan siapa PM adalah semua MP yang dipilih, yang juga mempunyai kuasa menukar PM bila-bila masa. Najib terus kekal menjadi Perdana Menteri hanya kerana majoriti MP di Parlimen masih mahukan dia menjadi Perdana Menteri. 

Justeru, pendekatan bahawa apa yang perlu kini untuk 'menyelamatkan Malaysia' adalah untuk mengeluarkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri adalah kurang benar. Jika mahu, ahli Parlimen(MP) BN boleh bila-bila masa mengeluarkan Najib. Ini telah berlaku di Kedah, di Trenganu dan di Selangor bila ADUN memutuskan bahawa mereka mahu menukar Menteri Besar. 

Maka, untuk memastikan ada perubahan atau 'Malaysia diselamatkan', apa yang perlu adalah untuk memastikan bahawa rakyat menolak MP yang menyokong Najib - kini nampaknya adalah mereka daripada Barisan Nasional.

Pada PRU lalu, nyata bahawa Najib dan Barisan Nasional, walaupun berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen tetalah gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi di Malaysia yang mengundi..

ALTERNATIF UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Berbanding dengan Barisan Nasional, yang telah didaftarkan sebagai satu parti politik - pembangkang sehingga kini gagal menjadi SATU - masih tidak didaftarkan sebagai satu parti politik. Apa yang ada kini adalah hanya 'perjanjian menghadapi pilihanraya'('electoral pact') - khususnya untuk memastikan 'satu lawan satu' - untuk memastikan bahawa rakyat pengundi akan hanya memilih calun BN atau calun ALTERNATIVE.

Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah berusaha menjadi lebih daripada 'electoral pact' - untuk menjana pendirian dan polisi yang sama. Tetapi nyata, usaha ini masih tak berjaya, di mana ini nyata bila dilihat cara dan polisi pentandbiran negeri-negeri yang berjaya pihak PAS-PKR-DAP berjaya menang dalam PRU lalu - kini cara dan polisi nampaknya bergantung kepada siapakah yang menjadi Menteri Besar? 

Ia bukan juga tidak bergantung kepada hakikat dari parti mana Menteri Besar/Ketua Menteri itu datang - ini jelas apabila dilihat cara Kedah ditadbir, dan cara Kelantan ditadbir di mana kedua-dua negeri ditadbir oleh ADUN PAS sebelum PRU lalu...

Sejak PRU lalu, banyak yang telah berlaku. PAS telah meluluskan Resolusi di Mesyuarat Agung yang kini menghalang PAS bekerjasama dengan DAP - Justeru, usaha menguatkan dan menjayakan Pakatan Rakyat terus 'hancur'...Resolusi ini mengikat PAS, tetapi ini tidak akan menghalang usaha sampai kepada persetujuan tidak formal mengenai PRU akan datang. Lebih baik, jika PAS memanggil Mesyuarat Agung dan membatalkan Resolusi ini...Bantahan PAS semasa terhadap DAP boleh kekal tetapi ia akan tidak akan mengikat PAS daripada berurusan dengan DAP menghadapi objektif yang mungkin boleh dikatakan lebih penting iaitu memastikan bahawa kita akan memecahkan kuasa BN terus memerintah Malaysia..

PKR juga mungkin bertanggungjawab membawa kepada pemecahan Pakatan Rakyat - 'Kajang Move' dikatakan telah tidak dibincang dan dipersetujui terlebih dahulu PKR-DAP-PAS sebelum diumumkan dan/atau dilaksanakan...ini disusuli dengan keputusan siapakah yang harus menjadi Menteri Besar ganti Khalid. Ini hanya dakwaan tetapi rakyat tidak sebenarnya pasti... Akibat tindakkan mengantikan Menteri Besar Selangor, seorang berpengaruh dalam PKR, juga semestinya ada kesannya kepada PKR - berapa ahli dan sokongan telah PKR hilang akibat tindakan ini? Jangan kita lupa bahawa pada masa itu, Khalid adalah seorang yang bertanding menentang Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR - dan nyata Khalid ada sokongan...
  
PAS dan PKR juga kini dilihat tidak berbeda dengan UMNO - cara pembuangan keahlian Khalid dan Husam Musa tidak banyak berbeda dengan cara bagaimana UMNO juga telah singkirkan Anwar dan kini Muhyiddin...

Anwar dikatakan pemimpin PKR tetapi tindakan Azmin Ali dan beberapa kepimpinan PKR menyertai Dr Mahathir dalam tindakan 'Deklarasi Rakyat', walaupun nampaknya tidak sangat dipersetujui Anwar, menimbulkan kerisauan ramai mengenai situasi dalaman PKR...Persoalan juga timbul mengenai sokongan ramai terhadap PKR. Azmin Ali telah merasmikan Sambutan Hari Pekerja Nasional anjuran MTUC pada tahun ini(2016) telah hanya melihat kehadiran kurang 500 - adakah bilangan kehadiran kecil ini tanda kekurangan sokongan kepada Azmin Ali sendiri oleh rakyat Selangor sendiri, dan mungkin juga PKR?

Bagi ramai rakyat Malaysia, Nik Aziz adalah daya penarikkan yang membuat ramai yang sanggup menyokong PAS dalam PRU tetapi kini, adakah ini akan berubah kini? Isu 'hudud' dan negara Islam memang isu yang penting yang akan mengakibatkan pengundi - ada yang menyatakan bahawa isu ini ada kesan mengapa PAS dan pembangkang telah gagal mengekalkan majoriti di Trengganu..

SOKONGAN RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG ATAU 'ANTI-BN''? 

Ramai Rakyat Malaysia mahukan 'Asalkan Bukan UMNO-BN', dan ini dikatakan sebab mengapa ramai telah mengundi pembangkang...tetapi isu kini adalah sama ada sentimen sedemikian memadai untuk PRU akan datang. 

Apa yang berbeda daripada PRU yang lalu, dan sebelum itu, adalah bahawa pihak pembangkang telah berjaya menang dan menubuhkan kerajaan di Penang, Selangor dan Kelantan. Rakyat telah kini boleh memerhati cara pentadbiran Negeri oleh Pembangkang - adakah mereka gembira dengan apa yang berlaku di negeri-negeri berikut? Adakah pentadbiran 'pembangkang' menunjukkan pentadbiran alternatif yang rakyat harapkan - atau adakah cara pentadbiran 'pembangkang' hanya berjaya mengurangkan harapan rakyat kepada pembangkang? 

Rakyat Malaysia bukan hanya mahukan 'bersih, cekap dan amanah' tetapi mahukan lebih - polisi baru, polisi alternatif, ... Apakah polisi pencukaian alternatif? Apakah polisi mengenai pendidikan? mengenai pekerja? mengenai 'penswastaan'..? mengenai 'AP'? mengenai perubatan dan kesihatan/ mengenai pengangkutan awam?..

Dahulu, janji utama pembangkang adalah penambahan 'demokrasi' - Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Local Council Elections)...Malangnya, kecuali di Negeri Perak, di mana sekurang-kurangnya telah diadakan pilihan secara demokratik di peringkat kampung dan beberapa kampung baru. Perkara sama tak berlaku dinegeri lain...

'Local Council Election' mungkin ada alasan Akta Persekutuan menghalang  - tetapi tak ada apa-apa yang menghalang diadakan pilihanraya peringkat kampung, kampung baru atau taman...Tetapi kini, janji untuk adakan pilihanraya kerajaan tempatan pun sudah kurang diberi penumpuan...

Tak memadai lagi menghebohkan dan mendedahkan salah laku BN - rakyat sudah arif mahu tahu apakah polisi dan cara pentadbiran alternatif...

Kini dakwaan korupsi melibatkan Lim Guan Eng, dan ada juga dakwaan salah laku melibatkan beberapa pemimpin utama PKR...dan ada juga dakwaan salah laku isu pembalakkan di Kelantan...

Sokongan akar umbi kepada PAS dan DAP nyata dan masih kuat - tetapi sokongan akar umbi kepada PKR, Amanah atau parti baru bekas UMNO adalah tanda tanya. Sejak PRU lalu, adakah PKR atau pembangkang lain pernah berjaya memanggil apa-apa protes atau perhimpunan aman menentang apa-apa, yang mendapatkan sokongan besar? Mengapa? Kenapa tak ada perhimpunan besar-besaran di Selangor mengenai isu anjurang kerajaan Selangor..atau kerajaan Penang..atau kerajaan Kelantan... Semua perhimpunan nampaknya kini anjurang NGO saperti BERSIH, Bantah GST... parti politik mengambil jalan selamat meminta ahli sokong saja...adakah ini kerana takut jika dianjur sendiri, mereka yang turun tak ramai - justeru mendedahkan sokongan sebenar kepada parti pembangkang?

PARTI BARU MAHATHIR-MUHYIDDIN? 

Kini mereka yang baru disingkirkan(atau keluar) UMNO mahu menubuhkan parti politik baru? Mereka mahu menubuhkan parti bukan untuk semua rakyat Malaysia - tetapi hanya untuk gulungan ethnik tertentu? Harus dilihat bahawa parti politik pembangkang mewakili satu ethnik atau agama pun sudah mengambil langkah melibatkan semua rakyat Malaysia. PAS pun telah mencalunkan warga bukan Islam sebagai calun PRU lalu.

Jika diperhatikan Deklarasi Rakyat - tujuan utama adalah untuk mengeluarkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri - bukan menentang UMNO atau BN? Justeru bila Najib mengundur diri, adakah mereka akan cepat-cepat kembali kepada UMNO....Semangat 46 pun akhirnya kembali kepada UMNO-BN.


Muhyiddin dan bekas pimipinan UMNO - mereka juga bersama Najib melangsungkan polisi dan tindakan UMNO-BN ... Adakah mereka tak tahu mengenai 1MDB dan semua salah laku kerajaan - mereka bukan ahli biasa - tapi kepimpinan UMNO..kepimpinan BN...kepimpinan kerajaan...Adakah mereka begitu tak efisyen sehingga tak sedar apa yang berlaku? Adakah mereka kini bertukar pendirian dan sedia memansuhkan Akta Hasutan, POTA, POCA...dan Akta lain yang menindas? Adakah mereka kini mahu gaji minima lebih adil - atau mahu mansuhkan sistem kontraktor kerja?

Kewujudan parti Mahathir-Muhyiddin yang baru kemungkinan akan bermakna parti PAS dan DAP terpaksa mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang bakal ditanding dalam PRU akan datang? 

Harus kita jangan lupa, bahawa tanpa Parti Mahathir-Muhyiddin yang baru ini, rakyat sudah ada kuasa untuk memastikan bahawa selepas PRU akan datang, BN tidak lagi akan mendapat majoriti kerusi parlimen?

Untuk PKR, mungkin parti Mahathir-Muhyiddin ini penting kerana penglibatan parti memastikan bilangan kerusi DAP dan PAS akan kurang - justeru PKR akan terus ada pengaruh...Risiko juga wujud bahawa bukan sahaja ahli parti bekas UMNO akan pulang ke pangkuan UMNO, kemungkinan juga wujud bahawa ada pemimpin PKR juga akan kembali ke UMNO...

Parti pembangkang di Malaysia ada banyak alternatif yang boleh diundang beserta dalam barisan pembangkang, ini termasuk juga parti PRM, PSM serta beberapa parti di Sabah dan Sarawak. PRU lepas menunjukkan bahawa jika 'satu lawan satu', calun dari mana-mana parti pembangkang akan disokong pengundi...

Mengapa Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah menyebabkan penyertaan lebih banyak parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - ada memerlukan 7 parti untuk membolehannya  mendaftar sebagai parti baru saperti Barisan Nasional. 

Jika kita ada pakatan pembangkang serius saperti BN - lebih selesa kita semua, bahawa pembangkang ada komitmen mengenai dasar dan polisi bersama. Perbedaan antara parti biasa - tetapi sekurang-kurang ada perkara asas yang ada persetujuan bersama. 

Apakah perkara asasa yang boleh dipersetujui:-

1- Akta yang anti-kebebasan bersuara, berpendapat dan berhimpun secara aman akan dimansuhkan. 
* Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam akan dimansuhkan.

2 - Semua Akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara, atau memberikan kuasa kerajaan menghalang hak rak rakyat secara sendiri..POTA,POCA,KOSMA dan Akta sedemikian akan segera dimansuhkan

3 - Semua Ahli Parlimen akan dibenarkan kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat dan mengundi secara bebas. Tidak ada paksaan mengenai cara seseorang wakil rakyat mengundi. Kini, sama saperti BN, pembangkang pun ikut cara sama - wakil rakyat mereka dihalang menyokong hujahan MP BN, atau cadangan BN - ini bukan demokrasi.

Paksaan atau 'Whip' akan hanya digunakan bila diperlukan, khususnya berkenaan perundangan kewangan (Financial Bills) yang perlu diluluskan untuk perjalanan kerajaan...Kini sedih sekali, kerana parti pembangkang, juga mengunakan 'Whip' - paksaan cara mengundi, di mana ianya digunakan bukan sahaja di Parlimen, DUN tetapi juga di Majlis Perbandaran... Maka, wakil rakyat 'tidak ada kuasa' bila terpaksa mengundi...ini cara BN dan seharusnya tidak digunakan pembangkang...Kewujudan sistem 'whip' yang dipakai setiap masa, membuatkan parlimen sebuah 'sandiwara' - tidak ada debat dan perbincangan bebas dan terbuka...kuasa kekal ditangan kepimpinan parti - bukan di tangan rakyat atau tangan wakil rakyat.

4 -  ....

Apa lagi yang kita mahu?

No comments: